Pages

Monday, June 27, 2011

Lawak + Lucu = Funny + Fun

Peace be upon to all readers

Hye guys..!!
I want to "tweet" again like twitter...hihi
Im goin to share with u some funny story..
actually I get all thhose story from the internet..
u may click here LAWAK NYER if u want to get more okeyh..
let see what's ur "meal" for today..
hope u enjoy..
(n_n)


Bagaimana hendak mengenali Pak Pandir

* dia call seseorang untuk tanya nombor telefon terbaru orang itu.
* dia fax surat dengan stem diatasnya.
* cuba melemaskan ikan dengan merendamnya didalam air.
* cuba tanya harga barang di kedai dua ringgit.
* study hard untuk ujian darah.
* tertinggal bas no 20, kemudian mengambil bas no 10 dua kali.
* fikir kumpulan peterpan boleh terbang diangkasa.
* vote untuk Mawi setiap kali astro ulang tayang konsert akademi fantasia.
* Beri ayamnya makan nasi ayam kerana menyangka nasi ayam adalah makanan ayam.
* mengira bilangan penumpang bas sebelum naik.
* dia sedang baca email ini. :)

Ahli silap mata burung

Seorang ahli silap mata mempertunjukkan kebolehannya di sebuah kapal mewah di lautan Caribbean. Penontonnya selalu berganti setiap minggu tetapi dia tetap mengulang-ulangi trik yang sama.
Masalahnya adalah: Seekor burung kakak tua yang pandai berkata-kata milik kapten kapal selalu melihat pertunjukannya setiap minggu dan menjadi tahu penipuan yang dilakukan oleh ahli silap mata .


Suatu malam ketika ahli silap mata membuat pertunjukan, si burung berteriak di tengah-tengah pentas.
“Lihat.. !! Itu bukan topi yg sama !!” “Dia menyembunyikan bunga-bunga itu di bawah meja !!” “Hey… semua daun terupnya,daun A !! “ Ahli silap mata amat bengang tapi tidak dapat berbuat apa-apa.
Suatu hari kapal tersebut mengalami kecelakaan dan tenggelam. Si ahli silap mata terapung2 di tengah lautan di atas sebuah papan bersama si burung kakak tua. Mereka saling pandang memandang dgn penuh kebencian tapi tidak mengucapkan satu patah kata pun.Ini berlangsung berhari-hari.Si ahli silap mata pun hairan kenapa si burung tak mahu terbang menyelamatkan diri.Setelah satu minggu, tiba-tiba si burung berkata “OK… saya menyerah!! Di mana kamu sembunyikan kapalnya ??”

Teka-Teki Lawak

1) Banyak-banyak bas, bas apa yang pandai
2) Apa perbezaan lampu stadium ngan lampu bilik
3) Apa binatang, badan kecik macam semut tapi mata besar “bulb” mentol
4) Ahmad bin Abu, kambing bin apa?

1> Bas sekolah lah, the only bas pegi sekolah

2> Lampu stadium kalau ada ‘game’ dia pasang, tapi kalau lampu bilik ada ‘game’ dia padam
3> Semut yang matanya bengkak
4> Kambing binatang

Dapat 100%

“Mama.. hari ini saya dapat markah 100% di Sekolah,”kata Yani kpd mamanya.“Iya ke??.. macam ni lah anak Mama yang pintar.. Pelajaran apa yang kamu dapat markah 100%?”Tanya ibunya. “Matematik 30%, Bahasa Melayu 50%, dan Sejarah 20%.


Menantu Bill Gates



Bapa: Ayah mahu kahwinkan awak dengan gadis pilihan ayah
Anak: Tapi ayah saya sudah ada pilihan saya sendiri Bapa: Tapi gadis ni anak Bill Gates Anak: oo kalau camtu oklah!
Kemudian bapanya berjumpa Bill gates


Bapa: Saya ada calon suami untuk anak gadis anda
Bill Gates: Tapi anak gadis saya terlalu muda untuk berkahwin Bapa: Tapi anak muda ni bakal Vice president Bank Dunia Bill Gates: oo kalau camtu oklah!
Akhirnya Bapa pemuda tersebut berjumpa dengan Presiden Bank Dunia


Bapa: Saya ada calon untuk Vice President Bank Dunia
Presiden Bank Dunia: Tapi saya sudah ada calon untuk Vice President Bapa: Tapi calon saya ni adalah menantu Bill Gates Presiden Bank Dunia: oo kalau camtu oklah!
Hoho, This is how business is done!!

Telefon Berbunyi "Ring3x"



Telefon pertama

Penelefon (X) : Helloooo…. Apakah ini kediaman En Harun Salim Bachik..??
Bibik (Y) : Maaf Salah nombor..ini kediaman keluarga Tuan Syed Mahmud… 


Telefon ke -2

Penelefon (X) : Helloooo……Apakah ini kediaman En Harun Salim Bachik..?? 
Bibik (Y) : Maaf, salah dail ni, encik..!! ini kediaman keluarga Tuan Syed Mahmud. 
(jawabnya kesal) 



Telefon ke -3 

Penelefon (X) : Helloooo….
Bibik (Y) : Eeeh..Lagi2 kamu!!.. Awas ya!! Walau saya cuma pembantu, tapi saya bisa laporin kamu ke polisi..!! (marah sangat dah ni!) 
Penelefon (X) : Apakah ini kediaman keluarga Tuan Syed Mahmud..?? Bibik (Y) : Aduuuh.. maaf2 yaaa…, tadi soalnya ada beberapa kali salah sambung. Mau cari siapa tuan.?? 
Penelefon (X) : Harun Salim Bachik….
Bibik (Y) : ??!!@#@$!!


 (sambil usap2 dada) 



Telefon ke -4 

Penelefon (X) : Helloooo….. 
Bibik (Y) : Kurang ajaaar..!!! Kamu punya nyawanya berapa hah!!! Penelefon (X) : Saya Syed Mahmud…..
Bibik (Y) : Aduh..!!! Maaf tuan! sorry sekali, tadi ada orang gila telpon! ada perintah apa tuan.?? 
Penelefon (X) : Segera panggil En Harun Salim Bachik..!! 
Bibik (Y) : Hah..!…. (pengsan) 

Selepas 10 minit kemudian setelah tersedar dari pengsan,


Telefon ke -5

Penelefon (Z) : Hallooooo….. (suara berbeza berbanding panggilan2 terdahulu)
Bibik (Y) : (Oh ini suaranya lain…). Mau cari siapa tuan..?? Penelefon (Z) : Ini kediaman keluarga Tuan Syed Mahmud?? 
Bibik (Y) : Iya betul…. 
Penelefon (Z) : Saya Harun Salim Bachik… , tadi ada orang cari saya??? 
Bibik (Y) : ??@#$%^??… (terkejang!)




hahahahaha~~~~~
^_^Y


No comments: