Pages

Showing posts with label Islam Itu Indah. Show all posts
Showing posts with label Islam Itu Indah. Show all posts

Saturday, July 28, 2012

Harapan Ku Ramadhan Kali Ini

Photobucket



Ramadhan ke-7, alhamdulillah...masih diberi kesempatan untuk berpuasa bersama keluarga, rakan-rakan seperjuangan dan insan tersayang...harapan puasa Ramadhan kali ini berbeza dengan tahun yang sudah...



  

 Aku terkadang lupa akan tanggungjawab ku sebagai seorang muslimah, Ya Allah..mohon KAU ampuni dosa-dosa lalu ku....KAU tetapkan lah Iman ku bila aku teguh pada jalan Agama yg benar, dan KAU bantu aku bila mana aku terpesong dari tuntutan agama yg sebenar...





Aku terkadang leka dan alpa pada keseronokkan duniawi...dan lupa pada tanggungjawab ukhrawi...ampuni dosa-dosa kecil mahupun besar hamba-Mu Ya Allah...jika aku lupa, beri aku peringatan dengan 'ujian-ujian' kecil-Mu, agar aku tidak tersesat di jalan yg salah...





Jadikan aku sbg seorang hamba yg sentiasa bersyukur pada nikmat yg Engkau berikan, sama ada nikmat kecil mahupun besar...jgn Kau jadikan aku seorang yg tamak dan angkuh pada pemberian-Mu Ya Allah...meskipun aku diberi ujian, Kau campakkan rasa syukur itu ke dlm hati ku, kerana ia juga adalah satu nikmat bagi setiap hamba-Mu...





Perjuangan ku masih jauh, masih banyak yg belum ku cuba dan temui...bantu aku agar aku tabah dlm mengharungi apa jua rintangan di masa akn dtg Ya Allah...beri aku peluang utk berjaya dlm pelajaran ku, berjaya utk membahagiakan kedua ibu bapa ku, berjaya utk menjadi anak yg solehah, berjaya utk membuktikan aku seorang wanita yg boleh berjaya dlm hidupnya...permudahkan segala urusan hidup ku Ya Allah...





Rasa cinta lahir dengan sendirinya, tidak dipaksa tapi datang tanpa diduga...meskipun hati sudah 'dimiliki', tapi belum tentu dialah yg terpilih spt yg sudah tersurat oleh-Nya...Ya Allah, perihala lah kami..tunjukkan kami ke jalan yg benar, jauhkan kami dari perkara yg Engkau murkai, perbetulkan niat kami jika ia tersasar dari ajaran-Mu, lindungi kami dari godaan syaitan laknatullah Ya Allah, dan jgn Kau biarkan kami mengikut hawa nafsu dari bisikkan syaitan dan iblis...perihalalah hubungan ini agar menjadi sebuah hubungan yg Engakau kehendaki (halal...





Setiap wanita mengimpikan lelaki yg diidam-idamkan, tidak semua insan itu sempurna dan kesempurnaan itu lahir bila kita sentiasa mencari keredhaan-Nya...Ya Allah, temukanlah aku jodoh yg baik...





Semoga Ramdhan kali ini lebih baik dari Ramdhan yg sebelumnya...amin....
















p/s : Puasa biar penuh...supaya pahala penuh...  :)



Thursday, July 19, 2012

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramdhan.

Photobucket


Ramadhan datang lagi, moga-moga Ramadhan kali ni lebih berkat dari yg sebelumnya...jom TOP UP banyak-banyak amalan kita tahun ni...eh bukan utk bulan puasa saja, tapi utk amalan setiap hari dan selamanya...insya-Allah...Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak buat semua muslimin dan muslimat... (^_^)



JANGAN TAKUT, 'MAKHLUK' TU SUDAH PUN DIKURUNG...eurm... makhluk Allah yang 'ni' memang tidak ada sewaktu kita menikmati bulan Ramadhan...jadi tidak perlu berasa takut..hihi







SYOKNYA BERPUASA, SEBAB... dapat banyak ganjaran pahala, buat benda baik mesti dapat 'pulangan' yg baik kan..







BULAN RAMADHAN MENGAJAR KITA UNTUK...eurm... manusia boleh berubah bila adanya niat untuk merubah diri pada kebaikan... :)





LAWAKNYA BERPUASA, BILA...eurm... hehe..kalau bulan puasa ni, untuk bangun sahur memang liat kn? tapi cuba pula kalau waktu berbuka tinggal 1minit, kita la nombor1..siap tadah tangan lagi tunggu azan berkumandang..kena-kena lagi kalau lauk sedap depan mata, perghh..





JANGAN BUAT TAW!! TAPI YANG 'TU' DIGALAKKAN...eurmm... banyak benda yang kita dilarang buat sewaktu berpuasa, dan lagi banyak benda pula yang kita boleh buat supaya dapat pahala...





PENTING..!!! eurm... haa..kalau tidak berniat, macam mana mahu berpuasa? jangan lupa niat puasa, lagi baik kalau berniat untuk sebulan terus, jadi alasan tidak terbangun sahur tu bukan alasan semata-mata untuk mengelak dari berpuasa...hihi










p/s :    .... :)






Sunday, February 19, 2012

Lucky To Be As A Women

Photobucket




This entry is just a *duplicated* one where by I'm use to google search's information coz I've reading one info about "Bertuah nya menjadi seorang wanita"..then when I read it from A-Z, I was just like feel lucky to be as a young girl, wupss..still young may be...and feel grateful to be born as a girl gender....why..?? so let's take a look on below bullets, I've list down the reason why we *girl or women* should and MUST be happy and feel lucky to be as what u are... (^_^)

Reminder !!!
sorry, I'm use in BM or Malay language on below. It is also a little bit long entry to be read but for sure it's useful for u. For those who already got a title Wife, u have to read this. Happy reading guys. 



  •  Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1000 orang lelaki yang jahat.
  •  Dua rakaat solat daripada wanita hamil lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
  • Wanita yang beri susu kepada anaknya daripada buah dadanya akan mendapat satu pahala daripada setiap titik susu yang diberikannya.
  • Apabila suami pulang ke rumah dalam keadaan letih dan isteri layan dengan baik akan mendapat pahala jihad.
  • Seorang isteri yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
  • Isteri yang melihat suami dengan kasih sayang dan suami pula melihat isteri dengan penuh kasih sayang, Allah s.w.t. akan pandang dengan penuh rahmat.
  • Wanita yang menyebabkan suaminya keluar di jalan Allah s.w.t. dan kemudian menjaga rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya dan jadi ketua kepada 70 000 Malaikat dan bidadari. Wanita itu akan dimandikan dalam syurga lalu menunggu suaminya sambil menaiki kuda yang dibuat dari permata Yaqut.
  • Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampun oleh Allah s.w.t. seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah s.w.t. memberinya 12 tahun pahala ibadat.
  • Wanita yang memerah susu binatang dengan bacaan “Bismillah” didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
  • Wanita yang menguli tepung dengan “Bismillah” Allah s.w.t. akan berkatkan rezekinya.
  • Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir dapat pahala seperti menyapu lantai Baitullah.
  • Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah s.w.t. mengizinkannya masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia kehendaki.
  • Pahala bagi wanita hamil adalah seperti berpuasa pada siang hari dan beribadat pada malam hari.
  • Wanita yang bersalin akan dapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah swt. akan beri satu pahala haji.
  • Sekiranya wanita itu meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira mati syahid.
  • Apabila seorang wanita yang menyusukan anaknya yang menagis diwaktu malam dengan sabar, dia dapat pahala satu tahun sembahyang dan puasa.
  • Kalau wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh 2 suku tahun maka malaikat di langit datang bawa khabar gembira bahawa syurga wajib bagi kamu.
  • Kalau isteri layan suami tanpa khianat dapat pahala 12 tahun solat.
  • Wanita yang picit suami tanpa disuruh dapat pahala 7 tola emas manakala isteri yang picit suami bila disuruh akan dapat pahala 7 tola perak.
  • Wanita yang meninggal dunia dengan dapat keredhaan suaminya, dia akan masuk syurga.
  • Seorang wanita solehah lebih baik daripada 70 orang lelaki yang soleh.
  • Jika suami mengajar satu masalah agama pada isterinya dia akan dapat pahala 80 tahun ibadat.
  • Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah swt di akhirat tetapi Allah swt sendiri akan datang pada wanita yang memberati auratnya iaitu yang memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah (tetap).




p/s: It can be use  in the future time,,will be, I'Allah. :)






Sunday, November 6, 2011

Korbankan apa yg disayangi..???

Photobucket






Salam Aidiladha buat semua muslimin dan muslimat di Sabah, Sarawak, Semanjung mahupun yg jauh di perantauan.... (^_^)



Dalam satu peristiwa yang diriwayatkan oleh Ahmad dan Ibnu Majah daripada Zaid bin Arqam, pernah seorang sahabat bertanya kepada baginda:
‘‘Wahai Rasulullah, apakah erti korban ini?” tanya sahabat. 
‘‘Itulah sunnah daripada datukmu Ibrahim,” jawab Rasulullah. 
“Apakah keuntungan korban itu untuk kita?” tanya sahabat itu lagi. 
‘‘Setiap helai bulu haiwan korban itu merupakan satu kebaikan (hasanah),” jawab Rasulullah. 


Amalan berkorban dalah sebahagian usaha mendekatkan diri (taqarrub) kepada Allah s.w.t dan mendekatkan hubungan antara manusia dengan Allah ini dikenali sebagai amaliah yang bersifat vertikal. Manakala amaliah yang bersifat horizontal pula, ibadah penyembelihan korban meningkatkan hubungan antara manusia dengan manusia melalui pembahagian daging-daging korban terutama kepada golongan fakir dan miskin. Ini sebagai petunjuk bahawa takwa yang bersifat personal dan vertikal (hubungan hamba dengan Tuhannya) sering tidak terpisah dengan hubungan hamba itu dan persekitarannya. Justeru, amal sosial seperti korban harus didasarkan kepada Allah. Melalui ibadah korban inilah terselit maknawi yang mendalam bahawa manusia memerlukan pengorbanan dalam menuju kebahagiaan di dunia dan akhirat



klu kta ckp tentang Aidiladha, mst la ada kaitannya dgn "KORBAN"...maknanya di sini, bla kta korban kn apa yg kta syg, itu tnda nya kta jg tergolong dlm golongan org2 yg Allah syg...

Ini adalah LINK tentang "Ibadah Korban"...

Ini pula adalah LINK tentang "Kisah Nabi Ibrahim & Penyembelihan Nabi Ismail"


setakat ini sajalah entry sy kali ne k..harap semua p'baca blog bole dpt sdikit ilmu b'sempena sambutan Aidiladha kali ni..sekian, wassalam.. 


Wednesday, October 12, 2011

Jika dia lah orang nya

Photobucket



♥♥♥
Yaa Allah…
Saat aku menyukai seseorang…
Ingatkanlah aku bahwa akan ada sebuah akhir…
Sehingga aku tetap bersama Yang Tak Pernah Berakhir
♥♥♥
Yaa Allah…
Ketika aku merindukan seseorang…
Rindukanlah aku pada sosok yang rindu Cinta Sejati-Mu
Agar kerinduanku terhadap-Mu semakin menjadi
♥♥♥
Yaa Allah…
Jika aku mencintai seseorang..
Cintakanlah aku dengan orang yang mencintai-Mu
Agar bertambah kuat cintaku pada-Mu
♥♥♥
Yaa Allah…
Ketika aku sedang jatuh cinta…
Jagalah cinta itu..
Agar tidak melebihi cintaku pada-Mu
♥♥♥
Yaa Allah…
Ketika aku harus berucap “I Love You…. Ana Uhibbuka…. Saya cinta padamu…”
Biarlah kukatakan pada yang hatinya tertaut padaMu
Agar aku tak jatuh dalam cinta yang bukan karena-Mu
♥♥♥
Mencintai seseorang bukanlah apa-apa…
Dicintai seseorang adalah sesuatu…
Dicintai seseorang yang kau cintai sangatlah berarti…
tetapi…
Dicintai oleh Sang Pencipta adalah SEGALANYA





Friday, July 15, 2011

Pesanan Nabi Sebelum Tidur (1min sja)

 Sekadar ingat mengingati . . . . .        

SEBELUM Tidur   Perkara Sebelum Tidur( Tafsir Haqqi )   Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : "Ya Aisyah jangan engkau tidur   sebelum melakukan empat perkara, yaitu : ... 
1. Sebelum khatam Al Qur'an,  
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,  
3. Sebelum para muslim meridloi kamu,  
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umroh....  

"Bertanya Aisyah :   "Ya Rasulullah.. .. Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara   seketika?" Rasul tersenyum dan bersabda : "Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas tigakali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an. Bismillaahirrohmaan irrohiim, Qulhualloohu ahad' Alloohushshomad' lam yalid walam yuulad' walam yakul lahuu kufuwan ahad' (3x), Membacalah sholawat untuk Ku dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat.   Bismillaahirrohmaan irrohiim, Alloohumma shollii 'alaa syaidinaa   Muhammad wa'alaa aalii syaidinaa Muhammad (3x), Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredloi kamu. Astaghfirulloohal adziim aladzii laa ilaaha illaa huwal hayyul qoyyuum wa atuubu ilaih (3x). Dan, perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akankamu telah melaksanakan ibadah haji dan umroh"   Bismillaahirrohmaan irrohiim, Subhanalloohi Walhamdulillaahi walaailaaha   illalloohu alloohu akbar(3x).

Sekian untuk ingatan kita bersama . . . .  

P/S :  Kalau rajin..Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Muslim yang lain.Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orag yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.

Thursday, June 30, 2011

Kisah Di Sebalik Peristiwa Isra' Mi'raj

Peace be upon to all readers

Pembaca sekalian, ikuti lah kisah di sebalik kisah Nabi sepanjang perjalanan baginda utk bertemu Allah...
semoga sedikit demi sedikit ilmu dpt kta jd kan teladan & panduan hidup..
selamat membaca... (n_n)


♥ Sebelum Isra' Mi'raj ♥
Rasulullah S. A. W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika’il. Hati Baginda S. A. W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam (‘alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman. ke dalam dada Rasulullah S. A. W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan “khatimin nubuwwah”. Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan “Israk” itu.



♥  Semasa Israk ♥
(Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa)
Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S. A. W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat.
Antara tempat-tempat berkenaan ialah:
i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.
 ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A. S. menerima wahyu daripada Allah;
 iii. Baitul-Laham (tempat Nabi ‘Isa A. S. dilahirkan);
Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S. A. W. menghadapi gangguan jin ‘Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :
- Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S. A. W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad “Fisabilillah” yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.
- Tempat yang berbau harum. Rasulullah S. A. W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir’aun) bersama suaminya dan anak-anak-nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir’aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir’aun sebagai Tuhan).
- Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).
- Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.
- Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.
- Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.
- Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.
- Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.
- Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.
- Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.
- Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.
- Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S. A. W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.
- Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.
Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.
Rasulullah S. A. W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.


 ♥    Semasa Mikraj  ♥
 (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah)

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S. A. W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah) 
1. Langit Pertama: Rasulullah S. A. W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A. S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.
11. Langit Kedua: Nabi S. A. W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi ‘Isa A. S. dan Nabi Yahya A. S.
111. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. 
Bertemu dengan Nabi Yusuf A. S.
1v. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. 
Bertemu dengan Nabi Idris A. S.
v. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. 
Bertemu dengan Nabi Harun A. S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.
v1. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A. S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.
v11. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma’mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S. A. W., Nabi Ibrahim A. S. bersabda, “Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha’if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu lah HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH”. Mengikut riwayat lain, Nabi Irahim A. S. bersabda, “Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA lah ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA lah HAULA WA lah QUWWATA ILLA BILLAHIL- ‘ALIYYIL-’AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga”. Setelah melihat beberpa peristiwa! lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).
11x. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut “al-Kursi” yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S. A. W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.
1x. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur ‘Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

x. Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S. W. T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. 
Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasulnya.
Allah S. W. T : Ya Muhammad. 
Rasulullah : Labbaika. 
Allah S. W. T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan. 
Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan ‘Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.
 Allah S. W. T : aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah ‘Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.


Selesai munajat, Rasulullah S. A. W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A. S. kemudian Nabi Musa A. S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S. A. W. merayu kepada Allah S. W. T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.




♥    Selepas Mikraj  ♥

Rasulullah S. A. W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu’alam.
(Sumber : Kitab Jam’ul-Fawaa`id) Kesimpulannya, peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.
Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.
Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.
Mafhum Firman Allah S. W. T. : “Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (Surah Al-Israa’: Ayat 1). wallahua’lam..